Makanan

De’Ariff Restaurant

Kali nie pasal chicken chop jugak tapi kedai yang berlainan. Still dalam cyberjaya jugak. Mesti korang terpikir yang aku ni penggemar chicken chop kan? Takde lah, aku minat nak rasa makanan je so sebab tu aku try macam2 jenis makan. Hehe. Chicken chop yang ini sedap dari segi texture ayam dier. Memang korang akan rasa tak rugi la untuk menjamu selera di sana. Makanan dier average je and price quite reasonable. So korang boleh la rasa makanan dier yang lain-lain tu. Selamat mencube😀

Padi House

Grilled Fried Chicken Chop ni ok la. Boleh tahan la sedap. Perisa kentang tu lagi sedap sehingga menjilat jari. Mungkin ayam dier nampak biase je dan memang biase je pun rase dier. Kat mana2 pun leh dapat rasa ayam macam tu. Tapi ini percubaan pertama aku untuk makan chicken chop di kedai yang bernama PADI yang terletak di Cyberjaya. Menu-menu yang lain sedap dan korang boleh je try. Memang masyuk la sebab tempat dier pun santai je. Harga pun berpatutan. Korang boleh pegi kedai ni untuk makan tapi aku tak sarankan untuk makan chicken chop dier la sebab rasa dier biase je. Itu pun bagi korang yang suka kan kelainan dalam setiap citarasa. Ok, aku sertakan alamat dier skali supaya klo ada2 yang nak cube makan kat kedai ni kan😀

Alamat Lengkap
Padi House
Block 3503, Jalan Teknokrat 5,
63000 Cyberjaya, Selangor D.E.

BBQ Chicken at Pannaz Restaurant

Wow, baru2 ni aku ke Pannaz Restaurant yg terletak di Damansara Perdana. Kedai dier agak santai la jgk. Quite femes jgk restoran ni actually. Ramai artis lepak2 kat sini. So waktu aku lepak2 ngn membe aku kt situ, org tak ramai sgt tapi suasana kedai best la. Perut aku sgt lapar. So aku pn order la satu menu ni. Nama dier BBQ chicken honey …. (aku lupe la, nnt tny mmb😀 )

Besar jgk ayam dier. Nampak simple tp sgt kenyang… mmg kekenyangan aku makan di Pannaz Restaurant di Damansara Perdana. Korang leh try nnt. Jumpe lg😉

Makan di Penang Village

Ade satu hari tu, aku ngan sorg membe pegi makan di Penang Village di satu tempat ni. Kitorg dah lapar sgt, so maen hentam je la pesan mknn kan. Nak dijadikan cerita, lepas abis kitorg bedal makanan, aku pun panggil la waiter tuh:

me: excuse me, saya nak bayar, kasi bil boleh?
waiter: “angguk2 kepala sambil senyum, konon nyer tanda paham”

me: bawa kn bil mkn leh?
waiter: “still angguk kepala lagi”

me: can u bring me a bill, please.
waiter: yes (sambil pegi ambil bil yg dipesan)

Seketika kemudian, waiter tu pun dtg. Yang aku hairan nyer, sejak bile plak anta bil guna pinggan? So cube korg tgk ni ape yg waiter tu bawak.

Cube tgk, ini bil mknn ke??? Aku ngan membe aku dah gelak sakan. Membe aku mmg dah pandang tpt laen smbil gelak. Aku plak tahan gelak je sbb waiter tu ade kat situ. Kah3….

Somewhere Around KLCC…

Mknn ni member aku Syafiq yg order, menarik jugak bukan? 😉

Mknn aku dari dekat........x sabar nak makann!!!

Aku suggest kat korg untuk makan kat Chillis Restaurant. Memang berbaloi la walaupun pricy kan. Memang tempat utk bersantai. Nyummy!!!

Sedap Nyer Makan!!!

The ManHattan FISH Market at Alamanda Putrajaya

3 jenis air pelbagai rasa yang sangat sedap.... nyummy

Menu di sini pun mcm best jugak, sbb tu teringin nak makan!!

Aku syorkan untuk korang diluar sane untuk mencuba restoran ni. Mmg puas hati beb. Itu pun bergantung jgk kat pilihan korang. Slmt menjamu selera😉

Kelazatan Tak Terhingga

Hidangan Selepas Makan

Hidangan Selepas Makan

Banyak plak post pasal makanan. Kali ni citer pasal hidangan selepas makan makanan yang berat2. Tak terliur ke tengak kek-kek dan ice cream yang sedap dalam gambar tuh? Pasti terliur nyer. Sedap weyh. Untuk belum penah mencube, korang boleh la cube wat hidangan macam ni. Lepas korang makan makanan yang berat-berat seperti nasi ke, western food, eastern food ke, kutub utara punyer ke, tak kisah la mane-mane pun, yang penting korang ade hidangan ringan lepas tuh. Sebagai contoh, korang leh jadikan ice cream yang enak lagi menjilat jari tu sebagai hidangan penutup. Memang sedap.

Tak caye? Kalau tak cayer leh la cuber kat umah. Tapi jangan plak gi beli ice cream 10 sen kat kedai Pak Man plak. Mane nak jadi. Kalo ice cream tuh kasi itik makan pun lagi bagus. Hehe. Contoh ice cream yang korang leh cube macam Caramel Ice Cream (lazat oo), Strawberry Ice Cream (x minat pink2 nih) dan sebagainyer.

Kalo nak jadikan kek sebagai hidangan penutup pun leh jugak. Masyuk je. Kek ni jangan korang gi beli kat kedai Mak Minah ke plak kan. Nanti dier jual kek pisang ngan kek lapis je. Korang kene guna kek yang ade krim. Pastu ade buah ape2 ke atas kek tuh. Terliur punyer la nak makan. Puding pun ok je. Aku suggest ni yang sedap2 je. Kalau tak sedap tuh, mungkin tak kene ngan taste korang kot. Setakat ni je la wat masa ni. Nanti aku update lain…

Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan:

1 ekor ayam – di bersih dan di potong ikut suka (selalunya di potong 8)
4 biji bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk cili (kalau suka pedas mcm kat kedai mamak tu letaklah lebih.. 1 sudu besar gitu)
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit (kalau ada kunyit hidup lagi bestt – tumbuk halus )
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil garam
* sedikit madu (kalau letak madu, rasa ayam goreng tu manis sikit sapa yg tak suka tak yah letak )

Cara-caranya :

1. Tumbuk halus : bawang putih + halia + serai + kunyit hidup + jintan manis + jintan putih.
2. Campurkan bahan tumbuk dengan serbuk kari, serbuk cili, serbuk kunyit (klu guna serbuk), garam, tepung gandum dan * madu. Gaulkan semuanya hingga sebati.
3. Kemudian masukkan ayam tadi dan peraplah ia selama kira-kira 3 jam. Kalau lebih lama lagi ummphhh dmoshimoshi/grinning-smiley-003.gif
4. Panaskan minyak dan goreng seperti biasa.
5. Selalunya kalau masak nasi lemak dan nasi ayam.. memang WAJIB sediakan ayam goreng ni.. panas-panas gitu… biggrin.gif

*Kalau rasa nak lebih pedas, lebihkan serbuk cili dan serbuk kari. Kalau tak mau pedas ikutlah sukatan di atas. Sekiranya bahan rempah tu agak pekat tambahkan sedikit shj air tapi jangan sampai cair.

*http://www.freewebs.com/recipe2u/ayamdandaging.htm

Ayam Masak Merah

AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan

1 ekor ayam (dicuci dan dipotong ikut suka)

Bahan-bahan kisar :-
Cili kering 10-20 batang
Bawang kecil 5 biji
Bawang putih 3 biji
Bawang besar 1 biji
Halia 1 inci
Lengkuas 1/3 inci
2 batang serai

Bahan lain :
2 sudu minyak masak
Santan pekat (anggaran 2 cawan)
Santan cair (anggaran 1 cawan)
Tomato puree
Sedikit kacang tanah digoreng dan ditumbuk (jgn byk sgt klu terlebih nanti kuah menjadi pekat)

Cara Menyediakan
– Perap sebentar ayam bersama kunyit dan garam. Kemudian goreng seperti biasa.
– Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar. Bila dah nampak kuning dan dah naik baunya masukkan tomato puree dan tumis lagi hingga naik minyak.
– Kemudian masukkan kacang tanah yg telah ditumbuk. Gaulkan lagi hingga sebati.
– Masukkan sedikit santan cair.
– Gaulkan sehingga rata dan tunggu lebih kurang 3 minit bila ramuan tadi sebati masukkan ayam yang digoreng dan gaulkan lagi.
– Biarkan ayam tadi mereneh diatas api yang serdahana.
– Bila dah agak masak, masukkan santan pekat.
– Kepekatan dan banyaknya kuah ikutlah selera anda. Kalau suka cair tambahkan lagi sedikit air, kalau suka pekat lebihkan lagi santan.
– Masukkan sedikit garam,perasa dan sedikit gula.
– Bila dah cukup masak padamkan api.
– Boleh juga kalau nak masukkan buah tomato yang dipotong empat dan bawang besar yang dipotong bulat, sebagai hiasan.
– Angkat dan hiaskan bersama-sama daun salad dan kacang peas.

* diubahsuai ikut selera sendiri.

*http://www.freewebs.com/recipe2u/ayamdandaging.htm

Nasi Tim Ayam

Nasi Tim Ayam

Nasi Tim Ayam

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan
Nasi tim ayam:
400 gram beras
1 ekor ayam, potong jadi 2
150 gram jamur merang, bersihkan, belah jadi 2
1 1/2 liter air
6 siung bawang putih, cincang
3 sendok makan kecap asin
1 sendok teh minyak wijen
1 sendok teh merica bubuk
1 sendok teh garam
100 cc kaldu ayam
Kuah ayam:
500 cc kaldu ayam
150 gram sawi pok choy
1/2 sendok teh merica bubuk
1 sendok teh garam
1/4 sendok teh bumbu penyedap
Sambal cuka:
5 buah cabai merah
3 siung bawang putih
1/2 sendok teh garam
1 sendok teh cuka
1/2 sendok teh gula pasir
25 cc air

Cara Memasak:

Cara membuat
Nasi tim ayam: didihkan air, masukkan ayam, rebus hingga ayam lunak, lalu angkat ayamnya, tiriskan, ambil dagingnya dan potong-potong berbentuk dadu. Gunakan kaldu ayam untuk memasak nasi hainan dan kuah ayam.

Tumis 1/2 resep bawang putih sampai harum, masukkan potongan daging ayam, jamur merang, 1/2 resep merica bubuk, kecap asin, dan minyak wijen, aduk rata.

Tambahkan kaldu ayam, aduk rata, masak hingga agak kental, lalu angkat, sisihkan.

Tumis 1/2 resep bawang putih, lalu masukkan beras yang telah dicuci bersih, 1/2 resep merica bubuk, dan garam, aduk rata, angkat, lalu bagi menjadi 6 bagian.

Bagi tumisan daging ayam menjadi 6 bagian, lalu masing-masing diletakkan pada dasar mangkuk, tambahkan di atasnya 1 bagian adonan beras.

Tuang 100 cc kaldu ayam pada setiap mangkuk, lalu kukus hingga matang.

Kuah ayam: didihkan kaldu ayam, masukkan merica bubuk, garam, dan bumbu penyedap, aduk rata, lalu masukkan sawi pok coy, segera angkat setelah mendidih.

Sambal cuka: cabai merah dipotong kasar, rebus sebentar, angkat, tiriskan.

Haluskan bawang putih dan cabai merah, lalu tambahkan garam, cuka, gula, dan air, aduk rata.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s