Mat Sentul Jadi Mat Rempit???

Posted: April 28, 2009 in Sosial
Tags: , , , , , , , ,

Kali ini tajuk perbualan kiter ialah Mat Rempit. Nama ni dah tak asing lagi bagi kiter kan. Pada pendapat korang la, ape sebenarnyer mat rempit ni? Tengok ni, menurut kamus Wikipedia.com “A Mat Rempit is a Malaysian term for ‘an individual who participates in illegal street racing’, usually involving underbone motorcycles (colloquially known as Kapcai) or scooters.” Haha. Korang tengok tu. Sampai nama Mat Rempit pun ade dalam Wikipedia.com. Bukan calang2 orang diorang ni. Hanya orang yang tertentu je leh masuk Wikipedia.com.

Kalo bandingkan Mat Rempit ngan Mat Sentul leh tak korang rasa? Tak pun diorang ni memang adik-beradik? Haha. Marah nanti geng rempit kat luar sane. Secara logiknyer la aku rasa macam tak perlu je kot nak rempit2. Balik-balik dengar dalam TV asyik mati jer. Kalo merempit tu leh wat aku dapat kete BMW ke Mercedes Benz ke mau jugak aku join. Pastu kalo tak bawa kemudaratan leh gak aku ajak orang lain turut sertakan😀 Untuk kesejahteraan ummah katakan. Pastu baru-baru ni diorang nak tukar Mat Rempit kepada Mat Cemerlang plak. Adeyhh… Pelik bin Ajaib. Tapi aku tak salahkan diorang sebab nak bersihkan nama golongan merempit nih. Tapi….bukan nyer ramai yang amik “positive action”. Segelintir kecil je jumlah nyer…Sedarlah wahai bangsaku…(berpuitis plak… :P)

Pastu slalu nyer kalo mat rempit je sure dikaitkan dengan 3 jenis motor nih. Memang tak asing lagi la. Kalo ade orang yang tak tahu tu, meh aku nak kasi tau. Kalo tak tahu jugak memang tahap “bengap” kot. Hehe. Takdelah. Kidding2. 3 jenis motor tu ialah:
a) RXZ Yamaha
b) 125 Yamaha
c) TZM

Nampak tuh. Bukan calang2 motor tuh. Mahal beb. Kalo aku la jadi mat rempit, aku nak beli motor Kawasaki Ninja 250R. Tu pun kalo mampu la. Tau sebab ape? Dapat motor tuh tak perlu merempit pun tak per. Boleh meronggeng terus dari Perak ke KL. Lagi laju dari kete. Pastu tak bayar tol lagi. Kalo motor ni lalu sebelah kete kiter kat lebuh raya tu, mesti dengar bunyi “phi euwwwwww”. Then walaupun motor ni laju, tapi takde plak masuk TV ade orang mati kan. Korang rasakan, nape yer motor tak laju VS motor laju, tapi motor yang tak laju tu paling banyak kemalangan. Mungkin sebab memang tak laju, jadi kete-kete yang laju kat belakang diorang tu langgar motor2 ni kot. Pastu kalo ade polis wat “road block” jer, sure la orang2 y merempit guna motor tak laju ni kene tahan. Motor yang laju tadi tak kene pun. Siap bagi laluan lagi. Haha. Tau sebabnyer? Aku pun tatau sebab nyer. Tu korang kene cari sdiri jawapan. Rujuk kamus Wikipedia.com pun leh jugak. Hehe.

Ni salah satu motor kegemaran aku. Arap2 nanti da besar, ade duit, leh la aku beli motor ni. Tak yah rempit pun.

*Moral nyer: Jangan merempit sesuka hati. Kalo nak rempit jugak, guna motor kuasa tinggi. Barulah tak kene tahan ngan polis.

Comments
  1. nuyun says:

    x baik pky nama mat sentul. dia tu legenda, tau?

  2. acad 27 says:

    Assalamualaikum..
    Bagi saya,terdapat 3 jenis penunggang motorsikal di malaysia,
    rempit penunggang motor biasa bikers
    rempit
    melakukan aksi2 bahaya tengah jalan,berlumba,mengabaikan keselamatan dan mengganggu ketenteraman awam.Mereka takkan dengar nasihat,semuanya ikut hati muda yang konon2 ‘darah muda’,mereka meminati motor,tetapi tidak ada ilmu dan kefahaman riding yang betul,semuanya hanya posers,terlalu kejarkan awek,market,dan hanya ikut trend
    penunngang motor biasa
    hanya penunggang yang memenuhi keperluan untuk memakai motor,sebenarnya tak minat motor pun kadang2,tapi terpaksa memakai motor–golongan ni berkemampuan untuk join rempit atas pengaruh rakan2 dan persekitaran
    bikers
    mereka ni boleh dikatakan berhemah,memakai pakaian yang sesuai ketika menunggang,mematuhi lalu lintas,tidak melakukan aksi2 bodoh di jalan raya,mereka meminati motorsikal,ada yang diantara mereka ada 2-3 kereta dan motorsikal digunakan untuk berjalan2,melancong dsb,ada yang berminat pada sukan perlumbaan motor,dan mengamalkan perlumbaan yang betul di atas litar,saya tergolong dalam golongan ini,meminati bikers,anti rempit,saya sering berdebat dengan rempit2 tentang isu bikers dan rempit,mengajak mereka ke jalan permotoran yang betul,tapi semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi,semua tak makan saman.
    bagi saya,bikers berbeza daripada rempit dari segi
    mentaliti
    mentaliti seperti tak mahu mengikuti lalulintas ‘ala traffic light,bukan ada orang pun’
    tak mahu memakai pakaian yang sesuai ketika menunggang ‘tak selesa,panas,tak ada suit(padahal beli barang lain dan modify motor boleh)
    attitude
    attitude adalah kelakuan rempit seperti,baring atas motor,pacak dan sebagaimana,bikers tidak buat perkara2 seperti itu,melainkan di atas litar.cara percakapan biker juga lain..bukan wa lu gua dsb.
    appearence
    appearence bikers amat berbeza daripada rempit,dari segi pemakain baju keselamatan,jacket,glove helmet fullface kasut dsb,tidak seperti rempit yang hanya mementingkan trend trend trend dan market market market
    bikers juga terdiri daripada latar belakang yang berbeza..seperti doktor,cikgu dsb
    tak semestinya yang naik kapcai itu mat rempit dan tak semestinya yang naik superbike itu bikers,kerana selagi tidak memenuhi 3 ciri di atas,masih boleh digelar rempit
    isitlah rempit juga bersesuaian dengan pemandu kereta yang juga tidak memenuhi kriteria di atas,yang tak mahu menggunakan signal ketika menukar lorong,memandu secara berbahaya,melulu dsb.kerana rempit adalah samseng jalanan,maka pemandu kereta,lori bas pun tidak terkecuali.
    kerajaan seharusnya bukan menemplak rempit,sepatutnya membuat kemudahan untuk mereka merempit di tempat sebetulnya,seperti di atas litar,perbanyakkan litar,dan endorse untuk sukan permotoran.litar yang sedia ada seperti sepang dan usj elite mengenakan caj yang agak tinggi untuk penunggang motor,tak semua penunggang mampu untuk membayarnya,jadi akan lebih ramai merempit di atas jalan.
    soal akhlak pula,kerajaan seharusnya mendenda mereka ke pusat2 motivasi,dan bimbingan agama,kerana dengan adanya agama,insyaAllah akhlak mereka akan terjaga.wujudkan kesedaran dalam kalangan mereka..
    salam dari saya,
    acad27
    dari forum malaysianbikers,kawasakininja250r,dan superbikemalaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s