Ayam Masak Merah

Posted: April 28, 2009 in Masakan
Tags:

AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan

1 ekor ayam (dicuci dan dipotong ikut suka)

Bahan-bahan kisar :-
Cili kering 10-20 batang
Bawang kecil 5 biji
Bawang putih 3 biji
Bawang besar 1 biji
Halia 1 inci
Lengkuas 1/3 inci
2 batang serai

Bahan lain :
2 sudu minyak masak
Santan pekat (anggaran 2 cawan)
Santan cair (anggaran 1 cawan)
Tomato puree
Sedikit kacang tanah digoreng dan ditumbuk (jgn byk sgt klu terlebih nanti kuah menjadi pekat)

Cara Menyediakan
– Perap sebentar ayam bersama kunyit dan garam. Kemudian goreng seperti biasa.
– Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar. Bila dah nampak kuning dan dah naik baunya masukkan tomato puree dan tumis lagi hingga naik minyak.
– Kemudian masukkan kacang tanah yg telah ditumbuk. Gaulkan lagi hingga sebati.
– Masukkan sedikit santan cair.
– Gaulkan sehingga rata dan tunggu lebih kurang 3 minit bila ramuan tadi sebati masukkan ayam yang digoreng dan gaulkan lagi.
– Biarkan ayam tadi mereneh diatas api yang serdahana.
– Bila dah agak masak, masukkan santan pekat.
– Kepekatan dan banyaknya kuah ikutlah selera anda. Kalau suka cair tambahkan lagi sedikit air, kalau suka pekat lebihkan lagi santan.
– Masukkan sedikit garam,perasa dan sedikit gula.
– Bila dah cukup masak padamkan api.
– Boleh juga kalau nak masukkan buah tomato yang dipotong empat dan bawang besar yang dipotong bulat, sebagai hiasan.
– Angkat dan hiaskan bersama-sama daun salad dan kacang peas.

* diubahsuai ikut selera sendiri.

*http://www.freewebs.com/recipe2u/ayamdandaging.htm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s