Perihal Ketawa

Posted: April 20, 2009 in Sosial

Ketawa memang boleh menjadi bentuk penawar terbaik kerana ia baik untuk jantung, menurut kajian, yang menunjukkan doktor mendapati risiko terkena serangan jantung boleh dikurangkan dengan pesakit digalak menonton program komedi.

Pesakit yang disifatkan sebagai ‘suka ketawa’ menambah kadar kolesterol baik, yang melindungi mereka daripada sakit jantung, dalam aliran darah.

Penyelidik berkata, hasil kajian boleh menjadikan ketawa sebagai rawatan berguna kepada beberapa keadaan.

Dr Lee Berk dari Universiti Loma Linda di California, yang mengetuai kajian, berkata: “Pakar klinikal terbaik memahami ada campur tangan fisiologi asas mengenai emosi positif seperti suka ketawa, optimis dan harapan seseorang.

“Jadi, pilihan seseorang mengenai gaya hidup memberi impak penting kepada kesihatan dan penyakit.”

Luahan ketawa sebagai antara bentuk rawatan sudah dicadangkan sejak berdekad lalu, tetapi tidak banyak bukti kukuh mengenai kesan dari segi kesihatan kepada pesakit. � Agensi

Bagi kajian terbaru, pesakit diminta memilih program komedi atau filem yang mereka dapati paling melucukan. Mereka kemudian diminta menonton program pilihan untuk sekurang-kurangnya setengah jam sehari selama 12 bulan.

Hasil kajian yang dibentangkan pada persidangan ‘Experimental Biology’ di New Orleans, menunjukkan selepas setahun kumpulan yang disifatkan suka ketawa menunjukkan peningkatan 26 peratus kolesterol baik.

Pesakit yang cuma mengambil ubat tanpa banyak ketawa cuma menunjukkan peningkatan sebanyak tiga peratus. Kumpulan yang menonton program komedi juga menyaksikan penurunan 66 peratus dalam jumlah protein reaktif C yang merosakkan dan meningkatkan risiko sakit jantung, dalam tubuh.

Sementara kumpulan satu lagi turut menyaksikan kejatuhan jumlah protein itu tetapi pada jumlah lebih kecil iaitu 26 peratus selama lebih setahun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s