Archive for April 20, 2009

Perihal Ketawa

Posted: April 20, 2009 in Sosial

Ketawa memang boleh menjadi bentuk penawar terbaik kerana ia baik untuk jantung, menurut kajian, yang menunjukkan doktor mendapati risiko terkena serangan jantung boleh dikurangkan dengan pesakit digalak menonton program komedi.

Pesakit yang disifatkan sebagai ‘suka ketawa’ menambah kadar kolesterol baik, yang melindungi mereka daripada sakit jantung, dalam aliran darah.

Penyelidik berkata, hasil kajian boleh menjadikan ketawa sebagai rawatan berguna kepada beberapa keadaan.

Dr Lee Berk dari Universiti Loma Linda di California, yang mengetuai kajian, berkata: “Pakar klinikal terbaik memahami ada campur tangan fisiologi asas mengenai emosi positif seperti suka ketawa, optimis dan harapan seseorang.

“Jadi, pilihan seseorang mengenai gaya hidup memberi impak penting kepada kesihatan dan penyakit.”

Luahan ketawa sebagai antara bentuk rawatan sudah dicadangkan sejak berdekad lalu, tetapi tidak banyak bukti kukuh mengenai kesan dari segi kesihatan kepada pesakit. � Agensi

Bagi kajian terbaru, pesakit diminta memilih program komedi atau filem yang mereka dapati paling melucukan. Mereka kemudian diminta menonton program pilihan untuk sekurang-kurangnya setengah jam sehari selama 12 bulan.

Hasil kajian yang dibentangkan pada persidangan ‘Experimental Biology’ di New Orleans, menunjukkan selepas setahun kumpulan yang disifatkan suka ketawa menunjukkan peningkatan 26 peratus kolesterol baik.

Pesakit yang cuma mengambil ubat tanpa banyak ketawa cuma menunjukkan peningkatan sebanyak tiga peratus. Kumpulan yang menonton program komedi juga menyaksikan penurunan 66 peratus dalam jumlah protein reaktif C yang merosakkan dan meningkatkan risiko sakit jantung, dalam tubuh.

Sementara kumpulan satu lagi turut menyaksikan kejatuhan jumlah protein itu tetapi pada jumlah lebih kecil iaitu 26 peratus selama lebih setahun.

Kes di Terendak

Posted: April 20, 2009 in ~Coretan Hidup~

Di waktu petang yang amat membosankan ni dan takde ape mende yang aku leh wat, bek aku tulis blog lagi kan. Meh sini nak sambung pasal citer kat terendak plak. Stat 4-9 april 2009 arituh kitorang kene gi terendak. Ade kursus ape mende tah, nama dier panjang sangat. Malas nak ingat. Kitorang bertolak ke terendak dari kolej naik bas. Banyak bas woo kolej tempah. Pastu naik lah bas. Lom sempat nak hayati keindahan alam dalam perjalan ke terendak, aku dah tertido. Sengal betul. Aku bangun je dah ade dalam kawasan kem terendak. Adeyhh… bak kata orang, jauh perjalanan luas pengetahuan. Ni tak luas2 pun. Dok tang tu jer. Asyik tido dalam bas kan. Hehe 😀 Sampai kat INSAN (regimental department) kitorang pun turun dari bas pastu kene baris bertiga-tiga macam orang nak kawad tuh. Then sampai la satu part di mana penderaan kitorang bermula. Fasilitator tu pun sebut la nama sorang2:

Cik Zai : Saya akan sebut nama kamu dan kamu beratur cepat-cepat
dalam group yang akan saya bagi tau lepas ni. Kamu paham
tak siswa siswi?

Siswa Siswi : Paham cik!! (Sahutan yg amat memberangsangkan)

Part yg ditunggu..nama aku pun kene sebut (act x kene sebut pun lagi)

Cik Zai : Mohd Khairil??

Aku : Saya cik… (then aku pun terus berlari masuk group alpha sebab
aku rasa macam nama aku je dier sebut)

Cik Zai : Mohd Khairi???? (khairi pun lari masuk group plak)

Panggilan untuk ahli group Golf

Cik Zai : Mior Mohd Khairil???

Aku : Saya cik!!!

Cik Zai
: Cmne kamu boleh terlepas ke group alpha. Ada saya sebut nama kamu tadi?

Aku : …….. terdiam seketika

Cik Zai
: Skang saya akan sebut balik ahli2 group alpha….(nama sorg2 di sebut, tapi nama aku x disebut, mencanak beb)

Cik Zai
: Nama kamu ade disebut tak mior??

Aku
: Tiada cik!!

Cik Zai : Dah tahu nama kamu takde nape kamu masuk group alpha??!!

Pastu cik yusri nyampuk…

Cik Yus : Kamu wat cmni (starjump) 5 kali

Aku
: Baik cik…1..2..3..4..5

Maka dari detik tu bermulalah penderaan aku dan kengkawan di terendak dengan aku jadi perasmi ataupun orang pertama yang kene denda kat terendak ni….(cipta rekod jgk kan…ngeee :D)