~andalusia~

Perkara Ajaib

August 6, 2009 · Leave a Comment

Assalamualaikum wbt,

Maha Suci Allah, Subhanallah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah, Penghulu Segala Nabi & Rasul, ahli keluarga dan para sahabatnya serta sekalian umat kaum muslimin yang sentiasa berada dalam bimbingan Allah.

Pada bulan Rejab & Syaaban yang mulia ini, telah berlaku perkara-perkara ajaib terhadap diri yang kerdil ini. Maha Suci Allah, tidak pernah aku merasai kemanisan dalam beribadah selama ini sehingga sampai suatu malam di mana aku merasakan sangat-sangat tenang dan kusyuk dalam beribadah kepada-Nya. Selama aku hidup dalam 22 tahun ini, tidak pernah langsung aku merasai apa itu kemanisan dalam beribadah. Sememangnya apa yang dijanjikan Allah itu benar. Kiamat pasti datang. Hari pembalasan juga sememangnya benar. Allah telah memberikan aku peluang untuk merasai sendiri bagaimana rasa kemanisan dalam beribadah. Tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Maka sememangnya benarlah apa yang diperkatakan oleh Rasul junjungan yang mulia. Andai dapat merasai kemanisan dalam beribadah, sudah pasti Allah akan memperluaskan pandangan kita dan menenangkan jiwa manusia. Allah telah memperlihatkan aku denagn kebesaran-Nya dalam bulan Rejab dan Syaaban yang mulia ini. Maha Suci Allah, tiada yang setanding dengan-Nya.

Perkara kedua yang telah berlaku pada diri aku ialah ketika mana aku sedang memandu kereta untuk memasuki suatu simpang jalan, terdapat seorang makcik yang sedang mengayuh basikalnya untuk melintasi simpang tersebut. Aku sempat memberhentikan kereta untuk memberi laluan kepada makcik tadi. Pada asalnya, makcik tersebut tidak mahu jalan dan memberi peluang kepada aku untuk lalu terlebih dahulu. Tetapi aku tetap memberi makcik tadi melintasi simpang itu terlebih dahulu. Maha Suci Allah, Dia telah memperlihatkan aku yang sesungguhnya, segala firman Nya di dalam Al-Quran itu adalah benar belaka. Kebetulan aku hendak keluar dari bank, aku hendak melintas jalan. Pada masa tersebut, jalan tersebut lengang dari kenderaan yang lalu-lalang. Semasa aku hendak melintas jalan, kebetulan terdapat sebuah kereta lalu. Jadi, aku pun memberhentikan langkah aku di tepi jalan untuk memberi laluan kepada kereta yang sedang bergerak. Maha Kebesaran Allah, kereta yang hendak lalu tadi, tiba-tiba berhenti di tengah jalan untuk membolehkan aku melintasi jalan tersebut. Walhal jika difikir dengan logik akal manusia, kereta tadi sepatutnya jalan terlebih dahulu kerana sememangnya memang kereta tersebut lalu terlebih dahulu dan ditambah pula suasana lalu-lintas yang lengang. Aku berasa sangat terharu dan memikirkan kembali perkara yang terjadi tadi.

Sesungguhnya, Maha Suci Mu Ya Allah yang telah memperlihatkan aku dengan Kebesaran dan Keagungan Mu dalam 2 bulan Islam yang penuh dengan keberkatan ini. Janganlah Engkau pesongkan hati ni dari hidayah dan petunjuk dari Mu Ya Allah.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

→ Leave a CommentCategories: ~Coretan Hidup~

Ketahui Rahsia Cinta Melalui Tarikh Lahir

August 5, 2009 · Leave a Comment

1hb – Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil memenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di persisiran pantai. Di samping itu minta si dia memainkan satu lagu dengan petikan gitar ataupun tiupan seruling khas untuk kamu. Tentu si dia terfikir kamu mempunyai citarasa yang sama dengannya. Kira sesuailah tu!

2hb – Kamu boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga ataupun teddy bear kerana si dia berjiwa romantik. Di peringkat permulaan, si dia kelihatan malu-malu kerana takut dikecewakan. Apa kata kalau kamu menganggap si dia sebagai teman rapat dahulu. Manalah tahu selepas itu cinta akan berputik pula ..

3hb – Sikap si dia sukar diramalkan. Maka kamu harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah dan ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersamamu. Apa kata kamu berkongsi minat dengan si dia. Barulah kamu dapat memahami sikap si dia.

4hb – Kurang berkeyakinan dan takut mencuba sesuatu yang baru. Hah! Senang saja caranya. Apa kata setiap kali si dia bercadang untuk melakukan sesuatu perkara, kamu berilah sepenuh sokongan dan galakkan padanya. Katakan yang si dia mampu untuk melakukan perkara tersebut. Dengan semangat yang kamu berikan itu pasti si dia rasakan hanya kamulah teman setianya.

5hb – Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang. Cuba perhatikan tingkah laku si dia terutamanya bila bersamanya. Kamu juga boleh menunjukkan tanda-tanda kamu menyenanginya untuk membuatkan si dia tidak ragu-ragu untuk memiliuh kamu sebagai pasangan. Tak salah kalau kamu yang mengorak langkah dulu!

6hb – Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa yang bermasalah. Walaupun si dia mengenalimu tetapi tidak mempunyai sebarang tanda-tanda dia menyukai kamu. Apa kata kalau kamu cuba berkawan dengannya lebih rapat lagi dan sentiasa bersama dalam keadaan susah ataus senang. Mungkin si dia akan terus tertarik padamu. Siapa tahu!

7hb – Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya
dilafazkan sehingga menyinggung perasaan orang lain. Adakalanya boleh menimbulkan persengketaan disebabkan sikapnya itu. Jika si dia dalam mood yang baik, apa kata kalau kamu mengeluarkan pendapat supaya si dia mengubah sikapnya itu. Rasanya si dia ‘makan’ nasihat

8hb – Si dia agak pendiam dan menyukarkan kamu untuk mendekatinya. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya. Baginya buang masa saja kalau berbicara soal yang tidak berfaedah. Dengan ini, kamu perlu bijak untuk memancingnya dengan topik-topik yang tip top agar si dia tahu yang kamu seorang yang berotak!

9hb – Seorang yang pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya kamu mempunyai ramai saingan. Apa kata kalau kamu menceritakan masalah yang kamu hadapi pada si dia. Si dia pasti menolong kamu punya. Cara ini boleh merapatkan lagi hubungan antara kamu berdua. Ok le tu! Kalau tiada masalah, ciptalah! Sesekali takpe…

10hb – Seorang yang jujur, berterus terang dan akan beruasaha
mendapatkan apa yang diinginnya. Si dia mudah disenangi orang sekelilingnya dan kamu pula harus pandai mengambil hati si dia. Salah satu caranya ialah kamu sering bertanya khabar dan mengambil berat ketika si dia sedang murung

11hb – Mementingkan kerjaya adakalanya sampai lupakan kehidupan sosial. Apa kata kalau sesekali kamu mengajak si dia menemani kamu menhadiri majlis yang dianjurkan oleh teman-teman. Katakan pada si dia, janganlah terlalu memikirkan sosial kerja dan dia juga perlukan rehat yang cukup. Kerja .. sampai mati pun tak habis!

12hb – Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh temah, Bagi mereka yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan. Untuk menambat hati si dia senang je, seseorang itu harus belajar bersikap sederhana dan tidak terlalu mengongkong. Sempoi dan jangan tercaring-caring…

13hb – Tegas dalam membuat keputusan. Mungkin kali pertama
mengenalinya seseorang ini cepat merasa bosan. Namun yang pasti jauh di sudut hati, mereka ini memang jenis yang penyayang walaupun bukan dibuktikan dengan kata-kata. Nak tackle? Jangan terlalu manja dan belajar hidup berdikari tanpa mengharapkan pertolongan orang lain

14hb – Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Ada ciri-ciri bapa mithali la ni. Si dia juga mementingkan keluarganya. Apa kata kalau kamu berpelung mengenali keluarganya, belilah jiwa ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain. Apa yang penting kamu mesti berjiwa penyayang bukan pada dirinya saja tetapi seluruh keluarganya.

15hb – Suka memendam rasa. Mungkin di wajahnya mengukirkan senyuman namun di hati siapa tahu? Bagi kamu yang memang semulajadi manja dan caring, amat sesuai untuk mereka jenis ini. Yang penting, sebelum mengeluarkan kata-kata tapis dulu agar hati si dia tidak tersinggung.

16hb – Garang! Walaupun garang adakalanya dia mempunyai sikap yang romantik dan penyayang. Tapi awas! Jika kamu tersilap langkah mungkin kamu akan dimarahinya. Tak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar untuk didekati. Untuk mendekatinya, seseorang itu haruslah bersikap lemah lembut dan pendiam

17hb – Lembut. Sekali pandang mungkin kamu menggambarkan si dia jenis yang lembut. Namun sebenarnya mereka juga seorang yang tegas dalam membentuk keharmonian sebuah perhubungan. Nak tahu bagaimanakah cara untuk mendekatinya? Senang je … ambil berat dan jangan ambil peluang di sebalik sikapnya yang lembut.

18hb – Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini. Apa kata kalau kamu memintanya melukis potret kamu. Tentunya kamu terpaksa berjam-jam lamanya untuk si dia menyiapkan potretmu. Time nilah kamu kena maintain ayu!

19hb – Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia akan suka sekiranya kamu melayannya seperti baby. Melalui lirikan dan senyuman manjamu sudah cukup untuk menawan hatinya. Bukan itu saja, kamu juga kena selalu memberinya kata-kata puitis padanya. Jiwang karat le pulak!

20hb – Tenang dan bersahaja. Adakalanya jika menghadapi situasi yang mencemaskan, riak wajahnya akan tetap tenang tapi tidak hatinya. Kamu juga perlu bersikap tenang tapi bukan hipokrit yek! Ia takkan membantu kamu untuk memikat si dia. Kamu perlu bijak menyelami hati si dia untuk mengetahui rahsia yang disembunyikan itu.

21hb – Sering bersikap ‘moody’ tapi masih boleh dikawal. Tapi si dia gemar bersantai di kafe-kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan. Kamu hanya perlu tahan dengan sikapnya sekiranya mood si dia berubah. Bagi kamu yang jenis sempoi dan tak kisah amat sesuai untuk mereka yang bersikap moody .

22hb – Agak emosional dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu seseorang agdis. Ini bukan bermakna kamu kena pujuk rayu pada si dia. Jatuhlah maruah, beb! Tapi kamu kenalah lemah lembut dan sopan santun bila berhadapan dengan si dia. Kontrol ayu!

23hb – Seorang yang agak ego, moody dan mementingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawan-kawannya. Walaupun adakala sikapnya itu membuatkan kamu makan hati, kenalah kamu ertahan kalau benar kamu sayangkannya. Nak tahu bagaimana hendak menawan hati si dia? Senang saja, apa kata kalau kamu masakkan makanan kegemarannya. Gerenti hit punya!

24hb – Seorang yang takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya. Kamu tentunya tidak mahu si dia menganggap kamu seperti kekasihnya yang sebelum ini pernah melukakan hatinya, jadi kamu harus membuktikan yang kamu lain dari yang lain. Misalnya setia dalam perhubungan jangan pandang lelaki lain ketika bersamanya.

25hb – Happy go lucky dan gemar berbuat lawak. Kan beruntung kalau kamu pun bersikap begitu. Bertambah ceria lagi perhubungan kamu nanti. Tapi kalau kamu tak pandai buat lawak, baik diam saja. Kang jadi lawak bodoh pula. Haru!

26hb – Si dia adalah seorang yang mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika si dia mempunyai koleksi kekasih. Si dia senang ditawan tetapi banyak rintangan yang terpaksa dihadapi. Si dia meminati gadis yang berkarektor dan tahan lasak. Apa kata kalau kamu mengajak si dia melakukan aktiviti lasak seperti payung terjun. Pasti si dia menyukainya. (cam g*****g)

27hb – Walaupun nampak brutal tapi sebenarnya berjiwa sentimental. Kamu pula jangan cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya kerana ia akan mengubah kepercayaannya terhadapmu. Kamu juga perlu melaksanakan janjimu sekiranya
berjanji dengan si dia

28hb – Si dia suka memerintah. Teruslah macam ni. Kamu perlu tahu mengawal perasaan kamu sekiranya si dia bersikap begitu terhadapmu. Apa kata kalau kamu mengikari arahannya dan katakan padanya mengapa kamu berbuat demikian. Manalah tahu dengan cara ini, dapat mengubah sikapnya itu

29hb – Seorang yang gemar bertukar-tukar pasangan. Renungan manja kamu dapat mencairkan si dia. Namun apa kata kalau kamu buat-buat jual mahal dan tentunya si dia ingat kamu ni jenis yag susah nak di tackle. Tentu dia rasa tercabar dan akan cuba mendekati dirimu. Apa lagi …

30hb – Seorang yang boros berbelanja terutamanya ‘memekapkan’ kereta kesayangannya itu. Rapati dirinya dan kalau boleh beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan. Tentu dia terfikir kamu seorang yang merancang untuk masa depan

31hb – Gemar bergaya dan mementingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpesonaliti. Kamu? Kenalah mengubah penampilan. Kalau selama ini kamu
gemar berpakaian sempoi, kenalah ubah stail. Lebih up to date dan trendy

→ Leave a CommentCategories: Sosial

Cinta: Sains dan Tanda-tanda

August 5, 2009 · Leave a Comment

Bila kamu tertarik pada seseorang, kamu mula menunjukkan tanda-tanda yang kamu menyukainya. Ini bermakna terdapat sesuatu pada dirinya yang berjaya menarik perhatian kamu, seperti lirikan matanya atau senyumannya yang menggoda. Kamu juga mungkin menyukai seseorang yang lebih tua atau muda berbanding kamu. Tidak mengapa. Semua orang melalui perasaan menyukai seseorang dan disukai semula.

Jatuh Cinta Sebenarnya Tindak Balas Kimia

Tergila-gilakan seseorang biasanya berhubung kait dengan cinta romantik. Inilah jenis cinta yang membuatkan kamu menulis puisi cinta dan melakukan benda-benda bodoh seperti berjaga sepanjang malam mendengar lagu-lagu cinta. Perasaan dan emosi ketika ini sangatlah nikmat sehinggakan kamu merasakan seperti “jatuh cinta”.

Apabila kamu mula “jatuh cinta”, kamu biasanya mula tergila-gilakan si dia. Masa inilah, kamu mungkin berasa yang kamu boleh lakukan apa saja untuk si dia. Kamu mahu perasaan ini kekal selamanya dan kamu memang percaya yang ia akan kekal.

Perasaan diawang-awangan yang kamu alami ini boleh dijelaskan dengan bahan kimia yang dibebaskan oleh otak. Oh, mungkin bunyinya tak begitu romantik tapi yang sebenarnya otak kamulah yang menjadi pusat perasaan dan emosi kamu, bukannya hati. Otak tu nampak macam tak berapa menarik. Yelah, rupanya pun macam kobis bunga kering berwarna kelabu yang terapung-apung dalam kepala kamu. Cuba fikir. Walaupun ia tak secantik hati merah yang berdegup, otak kamu sebenarnya menghantar signal ke badan kamu membuatkan kamu merasa perasaan teruja dan pahit manis dilambung cinta.

Bahan kimia dalam otak boleh menerangkan perlakuan kita sebaik sahaja kita jatuh cinta. Bahan kimia ini bergerak ke bahagian-bahagian otak yang berkait dengan emosi dan memori kita:

Dopamin kata saya gilakan kamu Dalam tempoh beberapa bulan pertama kamu tertarik pada seseorang, satu bahagian otak kamu membebaskan bahan kimia ini. Sejumlah kecil bahan kimia ini akan memberikan kamu perasaan di awang-awangan ketika dilamun cinta. Ia mungkin boleh menyebabkan kamu berjaga sepanjang malam memikirkan perkara-perkara romantik. Dengan dopamin, kamu pun mula rasa tak berselera. Kamu ponteng makan, rasa lapar tapi kamu tetap gembira dan sedikit gila walaupun perut kosong. Dopamin juga membuatkan kamu rasa bertenaga, dan boleh buat apa saja. Ia memang satu bahan kimia yang menakjubkan. Ia membuktikan perkataan seperti “asyik bercinta” memang wujud.

Serotonin kata saya terlalu menggilai kamu Tahap rendah bahan kimia ini dalam otak merupakan sebab kenapa kamu terlalu memikirkan seseorang itu apabila kamu bercinta. Tahap serotonin yang rendah boleh membuatkan kamu asyik terfikir mengenainya. Seperti mengekorinya ke perpustakaan tanpa pengetahuan, mungkin merupakan aktiviti harian kamu. Pada kamu, kamu berkelakukan macam biasa kerana tahap serotonin yang rendah yang menguasai tindakan kamu. Bila kamu beritahu rakan yang kamu asyik teringatkan dia 24 jam, sebenarnya itulah tahap rendah serotonin yang menguasai kamu.

Oksitosin kata saya akan kekal dengan kamu Sekarang kamu mungkin dah pun berada dalam hubungan sebenar dan semakin cinta kamu berkembang, kamu mula berfikir yang kamu tak dapat nak bayangkan kehidupan tanpa si dia. Kamu semakin terikat dengannya. Ke mana saja dia pergi, kamu pun ada. Masa inilah bahan kimia oksitosin bertindak. Ia merupakan kimia yang dibebaskan oleh otak di mana tahap gila bayang kamu semakin berkurang dan kamu mula menjalin hubungan yang serius.

Tanda-tanda yang kamu dah mula gila bayang:

Kamu mula teringat pada si dia lebih kerap daripada biasa. Seolah-olah gambaran wajahnya melekat pada minda kamu.
Tidur kamu jadi tak lena. Dialah orang terakhir dalam fikiran kamu dan orang pertama yang menjelma dalam kotak fikiranmu, bila kamu bangun tidur.
Selera makan kamu tiba-tiba berkurangan. Makanan kegemaran kamu pun jadi tak sedap.
Kamu selalu teruja nak berjumpa dengannya. Bila fikir mengenainya saja dah cukup untuk buat kamu rasa gembira dan cukup bertenaga.
Kamu mula mengekorinya, menyimpan jadual waktunya dan mula mendapatkan nombor telefon si dia… semua secara rahsia.
Tiba-tiba saja kamu jadi pakar dalam puisi cinta dan lagu cinta. Kamu mula menyukai filem romantik walaupun selama ini filem sainslah satu-satunya fiksyen yang kamu tonton seumur hidup.

Adakah dia tertarik pada saya? Berikut beberapa tanda yang mungkin menandakan dia perasan kehadiran kamu:

Dia memulakan perbualan. Seorang lelaki mungkin tunjukkan yang dia menyukai kamu dengan memulakan perbualan. Dia mungkin menunjukkan minat mendalam dengan bertanya macam mana hari kamu dan bertanya pendapat kamu mengenai sesuatu perkata.
Dia mula meluangkan lebih masa dengan kamu. Dia mula mengajak kamu untuk minum kopi atau makan tengahari. Kamu akan tahu yang hubungan kamu mula berputik bila dia makin kerap mengajak kamu.
Dia berkongsi rahsia dengan kamu. Ramai lelaki yang tak suka bercakap mengenai diri mereka. Jadi bila dia dah mula kongsi perasaanya, atau bawa kamu ke tempat-tempat sunyi yang biasa dia pergi seorang diri, ini mungkin bermakna yang dia sukakan kamu.
Dia mula menjadi seorang ‘gentleman’ dengan membawa buku kamu dan menarik kerusi kamu. Ia mungkin bermula dengan benda-benda ringkas yang mudah. Sekiranya kamu memang tak menjangkakan benda-benda begini dan ia lebih kerap berlaku, kemungkinan besar si dia menyukai kamu.

Kamu mula terserempak dengannya di tempat yang kamu tak sangkakan. Tiba-tiba je dia pun turut serta dalam kelas yoga kamu walaupun sebelum ni dia tak pernah menyukai yoga.
Hmm yang peliknya dia mula mengelak untuk berjumpa kamu. Sesetengah lelaki memang pemalu. Bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk mereka kelihatan seperti tak menyukai kamu tapi yang sebenarnya si dia tengah berdebar-debar. Lelaki pun kadangkala takutkan perasaan mereka. Jadi, janganlah kecewa bila ia terjadi. Ia mungkin akan ambil masa untuk si dia menyedari perasaannya terhadapmu.

Cinta pandang pertama. Wujud ke?

Cinta pandang pertama mungkin berlaku terhadap sesetengah orang. Ia mungkin tarikan serta-merta yang dirasai sebaik sahaja seseorang itu terlihatkan orang yang lain. Ia juga mungkin berlaku beberapa kali dalam hidup. Walau bagaimanapun, hanya beberapa tarikan serta-merta ini berkembang menjadi hubungan percintaan. Ada yang akan jatuh cinta apabila orang yang mereka temui itu kelihatan seperti selebriti yang mereka minati. Personaliti atau bakat seseorang juga boleh menjadi tarikan kali pertama mereka berjumpa. Namun begitu, kamu patut tahu yang mencintai seseorang itu tidak bermula pada pertama kalinya. Mungkin ia akan nampak begitu kerana tubuh dan otak kita bertindak balas terhadap perjumpaan pertama tersebut. Bahagian awal tarikan mungkin merupakan kegilaan dan bukannya cinta. Apabila kamu semakin matang dan mula berada dalam perhubungan, kamu mula sedar yang cinta hadir dengan komunikasi yang bagus dan tanggungjawab yang besar. Jadi nikmatilah kehidupan dan cuba untuk belajar satu benda pada satu masa. Belajar dari ibu bapa ataupun rakan kamu. Pengalaman mereka boleh mengajar kamu pelbagai benda mengenai perhubungan.

(Petikan dari KOTEX)

→ Leave a CommentCategories: Sosial

AXL’S – Andai Dapat Ku Undur Masa

July 29, 2009 · Leave a Comment

Dalam usikku merajuk seketika
Laluku pergi meninggalkan dirimu
Tanpa ku duga
Lilin menjadi bara
Gurauanku jadi dilema prasangka

Kau menyangka aku pergi kerna dia
Yang tak pernah wujud dalam alam cinta
Belum sempat ku jernihkan suasana
Engkau pula yang hilang
Entah ke mana

Puas sudah ku mencari
Ku tinggalkan pesan
Ku kirimkan berita
Agar dapatku temui dirimu
Umpama sebutir permata yang sirna

Andai dapat
Ku undurkan putaran dunia
Inginku ubah semula kata
Dan tingkahlakuku yang salah
Agar kita dapat seiring
Di mercu asmara

Tak ingin lagi
Dan tak mahu lagi berpisah
Bukan dengan kerelaan hati
Penyesalan yang tiada kesudahan
Ku tersepit dalam jerat sendiri

→ Leave a CommentCategories: Entertaiment

Warkah Terakhir Buat Isteri

July 28, 2009 · Leave a Comment

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Doa dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad, kaum keluarganya dan kerabatnya, Para sahabatnya yang tercinta, serta para pengikutnya yang sentiasa menunjukkan ke arah jalan yang benar.

Buatmu Isteriku,

Daku coretkan warkah terakhir ini untuk dijadikan tatapan bagi dirimu setelah aku tiada lagi di dunia ini. Daku pohon segala kemaafan daripadamu di sepanjang hayatku. Aku hanyalah insan kerdil yang menumpang hidup di dalam dunia yang fana ini. Tidak ku mampu untuk menahan segala cabaran dan rintangan yang mendatang dari pelbagai arah. Aku hanyalah seorang manusia yang dipenuhi hawa nafsu seperti manusia-manusia lain yang dijadikan Allah di atas muka bumi Nya ini. Pemergianku janganlah ditangisi kerana sesungguhnya, tidak ku mampu untuk memiliki tubuh ini buat selama-lamanya. Tubuh ku ini adalah hak milik Yang Maha Esa. Akan pasti Dia akan menjemput ku pulang ke pangkuan Nya suatu hari nanti. Kealpaan serta kelalaian di sepanjang kehidupan menjadikan aku leka dalam memperjuangkan kebenaran untuk menegakkan yang hak.

Jika aku sudah tiada lagi di muka bumi Allah ini, tunaikanlah segala kewajipan yang dituntut ke atas dirimu kerana sesungguhnya yang demikian itu tidaklah datang dari diri ku yang hina ini tetapi ianya datang dari perintah Yang Maha Berkuasa. Ingatlah, hidup kita sebagai manusia yang kerdil ini hanya untuk beribadah kepada Nya. Daripada Nya kita datang dan hanya kepada Nya jua kita kembali. Saat pemergian manusia dari bumi ini tidak lain dan tidak bukan hanya untuk dihisab segala amalnya ketika di dunia. Setiap perlakuan daku walau sebesar zarah tetap akan dibalasi oleh Yang Masa Esa. Tiada apa daya lagi yang mampu aku harapkan melainkan hanya ketulusan doa mu dari hati yang suci yang mampu menjadi bekalku di akhirat kelak.

Aku juga khuatir akan pemergian ku ini akan membuatmu menjadi derita sepanjang hayat. Hanya satu pesanan ku, janganlah ditangisi pemergian ku kerana yang pergi itu hanya jasad ku yang sudah mati dan tidak bernyawa lagi tetapi kata-kata semangat yang telah aku ucapkan itu mampu menemani mu di sepanjang hayat. Andai kata kita ditakdirkan untuk berjumpa di syurga yang indah, hanya ucapan “Alhamdulillah” yang tidak terhingga yang mungkin aku ucapkan walaupun lidah ku tidak mampu berkata apa-apa ketika itu. Ku harap dikau mampu menemani ku di syurga kelak sebagai seorang bidadari di sisi ku andaikata kita masih ditakdirkan untuk bersama. Tiada apa yang mampu ku coretkan lagi dalam warkah terakhir ini. Hanya salam sayang buat isteriku yang tercinta. Semoga pertemuan kita buat kali kedua akan menjadi lebih bermakna di sisi Allah.

Buatmu dari seorang suami yang telah tiada.

(Coretan ini adalah hasil nukilan Anonymous)

→ Leave a CommentCategories: Sosial

Coretan Untuk Bakal Isteri

July 28, 2009 · Leave a Comment

Assalamualaikum wrt. wbt.

Untukmu, Bakal isteriku..

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan “Kau tercipta untukku.”

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan ’sempurna’ di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.”

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. “Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.”

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

“Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

Dariku, Bakal suamimu.


(Petikan Diambil dari Laman iluvislam.com)

→ Leave a CommentCategories: Sosial

Kasih Sayang Mengikut Bulan Lahir

July 28, 2009 · Leave a Comment

Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang di cintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja
———— ——— ——— ——— ——— ——— ———

Februari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
———— ——— ——— ——— ——— —-
Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan ta npa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— —–
April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— ——— -

Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control @ King Control).
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
———— ——— ——— ——— ——— -
Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hat i pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— –
Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Su ka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
———— ——— ——— ——— ——— -
Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.
———— ——— ——— ——— ——— –
September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.
———— ——— ——— ——— ——— ——

Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— -
November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— —
Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu .::. ~tulang rusuk kirimu~ pertemuan… menghadiahkan kita kasih sayang… jika cinta satu pasti bertemu… ia tidak ternilai… kerana antara hati kita telah tiada antaranya lagi yg ada hanyalah cinta kasih Ilahi… kita berpisah hanya sementara kerna pertemuan bukan milik kita… jasad dan suara berjauhan sentiasa namun cinta abadi… biar berpisah selalu menderita kerana syurga menagih ujian sedang neraka dipagari oleh nikmat bertemu tidak jemu…berpisah tak gelisah…

→ Leave a CommentCategories: Sosial

Pasal Pengurusan Kewangan

July 23, 2009 · Leave a Comment

Sebelum memulakan langkah aku dalam menulis blog pada kali ini, aku nak bagi tau yang aku berasa sangat hepi sebab bonus vemma asyik masuk tiap-tiap minggu. Alhamdulillah, pendapatan aku pada minggu ini di vemma telah melebihi gaji seorang graduan. Boleh korang bayangkan bagaimana kalau seorang pelajar mendapat bonus/gaji melebihi gaji seorang graduan?? Tentu la syok tak terkata!! 4 angka lagi.. hehe..alhamdulillah, tak sia-sia aku join vemma nih..

Pada kali ni, aku nak share dengan korang sume tentang buku yang aku baca yang mana petikan dari buku tersebut berbunyi begini….

“Financial intelligence is simply having more options. If the opportunities aren’t coming your way, what else can you do to improve your financial position? If an opportunity lands in your lap, and you have no money, and the bank won’t talk to you, what else can you do to get the opportunity to work in your favor? If your hunch is wrong, and what you’ve been counting on doesn’t happen, how can you turn a lemon into millions. That is financial intelligence. It is not so much what happens, but how many different financial solutions you can think of to turn a lemon into millions. It is how creative you are in solving financial problem. Most of the people only know one solution: work hard, save and borrow”

Begitulah antara petikan dari buku yang aku baca ni. Secara tidak langsung telah membuka minda aku bahawa sebenarnya kita tidak diajar langsung dalam pengurusan kewangan. Pengurusan kewangan yang bijak tidak bergantung kepada jumlah wang yang kita perolehi tetapi bergantung kepada sejauh mana kita berfikir untuk mengembangkan lagi wang tersebut supaya nilai aset kita bertambah dari sehari ke sehari.

→ Leave a CommentCategories: Bisnes

Kelazatan Tak Terhingga

April 29, 2009 · Leave a Comment

Hidangan Selepas Makan

Hidangan Selepas Makan

Banyak plak post pasal makanan. Kali ni citer pasal hidangan selepas makan makanan yang berat2. Tak terliur ke tengak kek-kek dan ice cream yang sedap dalam gambar tuh? Pasti terliur nyer. Sedap weyh. Untuk belum penah mencube, korang boleh la cube wat hidangan macam ni. Lepas korang makan makanan yang berat-berat seperti nasi ke, western food, eastern food ke, kutub utara punyer ke, tak kisah la mane-mane pun, yang penting korang ade hidangan ringan lepas tuh. Sebagai contoh, korang leh jadikan ice cream yang enak lagi menjilat jari tu sebagai hidangan penutup. Memang sedap.

Tak caye? Kalau tak cayer leh la cuber kat umah. Tapi jangan plak gi beli ice cream 10 sen kat kedai Pak Man plak. Mane nak jadi. Kalo ice cream tuh kasi itik makan pun lagi bagus. Hehe. Contoh ice cream yang korang leh cube macam Caramel Ice Cream (lazat oo), Strawberry Ice Cream (x minat pink2 nih) dan sebagainyer.

Kalo nak jadikan kek sebagai hidangan penutup pun leh jugak. Masyuk je. Kek ni jangan korang gi beli kat kedai Mak Minah ke plak kan. Nanti dier jual kek pisang ngan kek lapis je. Korang kene guna kek yang ade krim. Pastu ade buah ape2 ke atas kek tuh. Terliur punyer la nak makan. Puding pun ok je. Aku suggest ni yang sedap2 je. Kalau tak sedap tuh, mungkin tak kene ngan taste korang kot. Setakat ni je la wat masa ni. Nanti aku update lain…

→ Leave a CommentCategories: Masakan

Ayam Goreng Berempah

April 28, 2009 · 1 Comment

Bahan-bahan:

1 ekor ayam – di bersih dan di potong ikut suka (selalunya di potong 8)
4 biji bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk cili (kalau suka pedas mcm kat kedai mamak tu letaklah lebih.. 1 sudu besar gitu)
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit (kalau ada kunyit hidup lagi bestt – tumbuk halus )
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil garam
* sedikit madu (kalau letak madu, rasa ayam goreng tu manis sikit sapa yg tak suka tak yah letak )

Cara-caranya :

1. Tumbuk halus : bawang putih + halia + serai + kunyit hidup + jintan manis + jintan putih.
2. Campurkan bahan tumbuk dengan serbuk kari, serbuk cili, serbuk kunyit (klu guna serbuk), garam, tepung gandum dan * madu. Gaulkan semuanya hingga sebati.
3. Kemudian masukkan ayam tadi dan peraplah ia selama kira-kira 3 jam. Kalau lebih lama lagi ummphhh dmoshimoshi/grinning-smiley-003.gif
4. Panaskan minyak dan goreng seperti biasa.
5. Selalunya kalau masak nasi lemak dan nasi ayam.. memang WAJIB sediakan ayam goreng ni.. panas-panas gitu… biggrin.gif

*Kalau rasa nak lebih pedas, lebihkan serbuk cili dan serbuk kari. Kalau tak mau pedas ikutlah sukatan di atas. Sekiranya bahan rempah tu agak pekat tambahkan sedikit shj air tapi jangan sampai cair.

*http://www.freewebs.com/recipe2u/ayamdandaging.htm

→ 1 CommentCategories: Masakan